Cerita Humoris Lucu Cat Rumah Dan Suami Yang Pemales

cat rumahhCerita Humoris Siti meminta suaminya Hadi mengecat rumah mereka yang semakin memburuk. Hadi memberi pelbagai alasan menolak permintaan Siti..

Siti : “Abang.. dah 6 bulan saya minta abang cat rumah kita.. tapi abang asyik cakap.. tak cukup masa la.. penat la… macam-macam… kalau susah sangat.. abang belikan je cat.. biar saya yang cat semuanya..”

Kerana tak tahan dengan leteran Siti… Hadi akhirnya membeli 3 tin besar cat dan beri kepada Siti…

Cerita Humoris

Keesokannya Siti mula mengecat rumah… dia memanjat tangga dan mengecat bahagian atas…Hadi hanya duduk di dapur sambil makan dan minum air jus oren…

Tiba-tiba Milah jiran sebelah rumah mereka melintas di dapur dan ternampak Hadi sedang makan dan minum air jus oren sedangkan isterinya bersusah payah memanjat tangga mengecat rumah.

Jiran : “Kamu ni Hadi… tak malu ke…. Siti susah payah panjat tangga mengecat.. kamu bersenang lenang minum air jus oren di dapur”

Cerita Humoris

Hadi : “Err.. err… Siti cakap dia tak minum jus oren…”

Jiran: #@$@%